Tuesday, November 3, 2015

I wonder what cats feel when they lose a best friend

Tadi Puteh tak duduk diam
Dia bilang dekat aku Sagu tak balik-balik dari malam semalam
Aku pun mula risau tapi aku suruh Puteh lepak, 
Mana tahu, mungkin Sagu tidur rumah kawan
Atau dia luangkan masa dia dekat bar
Tapi Puteh abaikan aku
Dia suruh aku tunggu Sagu sementara dia try pergi cari dekat pekan
Aku iyakan saja apa Puteh cakap
Tak lama kemudian, Puteh call aku
Dia suruh aku datang padang dekat rumah kita
Suaranya lain, aku lari ke padang
Aku cari kiri kanan tak jumpa-jumpa Puteh
Dia call aku lagi, kali ini dia marah aku suruh cepat 
Tapi di sebalik kemarahan itu, aku dapat rasakan bahawa dia sedang sedih
Aku nampak Puteh di bawah pokok kita selalu lepak
Dalam dakapan Puteh aku nampak Sagu, berdarah-darah badannya
Air mata Puteh makin deras 
Dan aku,
Aku hanya mampu hadiahkan Sagu doa aku
Moga baik-baik saja di sana.


Wednesday, April 29, 2015

dear broken social scene,

aku jatuh hati.

thank you.

Monday, November 10, 2014

Cinta kau & aku.





letting go has never been easy.
bukan saja bagi aku, malah bagi semua.
itu, aku pasti.
untuk cuba melepaskan sesuatu yang pada suatu ketika dulu pernah mengembirakan,
yang pada suatu ketika dulu mampu mengukir senyuman & tawa riang paling ikhlas,
yang pada suatu ketika dulu paling bermakna,
yang kini nya telah hancur.

*

aku selalu tanya kawan-kawan aku,
"how long does it take to move on?"
setengah jawab dua jam, 
setengah tiga tahun,
& yang selebihnya bilang tidak tahu.

berapa lama ya?

**

selamat malam, cinta.
apa khabar?
ampun, aku banyak meluangkan masa dengan realiti kebelakangan ini.

namun, realiti telah mengkhianati aku,
& biar aku terus keliru & buntu.
mengapa sesuatu yang mudah gemar dirumitkan?
mengapa sesuatu yang ikhlas & suci perlu dihalang dengan mentaliti penghuni realitas sekalian?
mitch albom pernah bilang "love wins. love always wins."
mungkin terma itu tidak wujud dalam realiti.

terlalu banyak yang aku ingin luahkan,
yang aku ingin tanya,
yang aku mahukan jawapan,
tetapi apa gunanya luahkan sesuatu yang aku sendiri tahu takkan jadi,
apa gunanya masih tertanyakan sesuatu yang aku sendiri tahu episod akhirnya,
apa gunanya tunggu sesuatu yang aku sendiri tahu jawapannya.

sebagaimana aku tidak boleh ngam dengan realiti,
aku juga kena sedar bahawa aku tidak tahu berapa lama aku di sini.
mungkin kejap, mungkin lama.
& sesetengah perkara hanya layak dimimpi,
bukan di sini.
seperti cinta kau & aku.

*

"what bout you? how long do you think it takes?"
tiada tempoh tertentu.
bukan dua jam,
bukan tiga tahun.
rasa itu akan datang sendiri.

suatu pagi kau akan bangun, 
senyum pada diri sendiri & memori kisah silam kau;
yang pahit, yang manis, yang masam,
& kau akan tinggalkan senyuman kau bersamanya semua,
bangun, & menghadapi rutin harian kau seperti biasa.
cuma kali ini, kau akan rasa bebas.
tiada beban.

& pagi ini adalah sama dengan pagi yang kau akan bangun,
senyum pada diri sendiri & diri kau yang lama,
yang baik, yang buruk, yang tidak seberapa,
& kau akan tinggalkan senyuman kau bersamanya semua,
bangun, & menghadapi rutin harian kau seperti biasa.
cuma kali ini, kau seorang yang baru.
tanpa setitik raguan.

Saturday, June 7, 2014

suatu kegembiraan
sesuatu yang tidak cukup diluahkan dengan kata-kata yang sebagaimana manis
nasi lemak fresh dengan teh tarik di pagi hari
coklat
prada, gucci & channel. channel? - wait what
mamat dekat kedai adidas semalam
first crush dekat tadika

what is love actually?
apa itu cinta?

*

dulu kala aku selalu bilang love is everything.
cinta itu ibarat oksigen (kononnya)
bak kata the beatles, all you need is love.

kian hari membesar, kian hari berterima kasih pada episod harian realiti,
makin lama kepercayaan aku pada cinta makin pudar.
kemudian aku mula berhenti mengiya mengangguk bila jumpa lirik lagu the beatles.
aku seolah tidak percaya pada cinta lagi.

mungkin realiti telah mengetuk pintu fikiran aku,
memanggil aku dengan suara yang paling merdu,
meyakinkan aku untuk keluar dari dunia mimpi,

jadi, aku keluar.
aku kata pada diri aku cinta itu bukan segalanya,
cinta itu bukan oksigen,
& all you need is love  happiness.

*

pagi isnin, aku keluar menghirup udara segar.
hari baru, chapter baru.
hai realiti, comel kau harini.
moga dihiasi kejutan yang comel-comel juga.
aku keluar sorang, kerana kadang kala aku suka masa bersendirian,
& kadang kala aku malas cakap dengan orang, bikin hati aku panas,
& kadang kala aku suka teman diri aku sendiri kerana dalam episod keperitan aku, yang ada tolong bangkitkan aku semula hanya diri aku yang selekeh ini.
solitude is bliss.
& aku takkan pernah faham dengan orang yang tak suka berseorangan, yang menganggap being alone itu adalah lonely.

dahaga, aku beli starbucks.
bazir duit orang kata, tapi bukan selalu,
janji hati aku senyum berseri.

aku duduk & melihat gelagat manusia yang bermacam bentuk,
kerana aku paling suka memerhati orang.

terlihat aku seorang ibu yang sedang menjaga anaknya,
yang paling nakal,
yang sedang seronok membaling barang mainannya ke merata tempat.
aku kemudian memerhati tahap kesabaran ibunya,
& aku ternampak perkara yang paling indah.
matanya - dihiasi dengan jutaan berlian berjenama cinta.
& anaknya tidak lagi nakal.

kisah itu telah mengingatkan aku tentang kucing belakang rumah aku,
yang telah beranak atas bumbung.
kini anaknya telah besar & tidak tahu turun.
setiap hari aku perhati ibunya naik ke atas,
bagi dia susu & cuba mengajarnya turun.
tapi anaknya takut, takde confidence.
namun ibunya tetap gigih mencuba.
satu hari aku intai si ibu kucing,
& sewaktu dia memandang anaknya,
aku ternampak perkara yang paling indah.
matanya - dihiasi dengan jutaan berlian berjenama cinta;
indah sungguh kasih sayang ibu.

**

aku sambung jalan lagi.
terdengar nama aku menari-nari di sekitar pusat beli belah tersebut,
aku toleh belakang dan terdirinya di situ kawan lama aku.
seronok bila terserempak dengan kawan lama,
perasaannya, tidak dapat dinyatakan.

seperti dulu kala, kita duduk di meja kedai mamak,
teh tarik dalam genggaman,
& boom, mula berborak tentang hidup.
sewaktu kita sedang berkongsi pengalaman bekerja,
cinta kemudian muncul, meminta maaf kerana lambat sampai.
& di situ terbukanya kisah seorang pekerja nepal,
yang giat mencari rezeki untuk keluarganya di kampung.
orang panggil dia james bond.
aku pun tak tahu mengapa,
mungkin dia peminat tegar cerita itu.

satu hari selepas kerja, kawan aku ternampak james bond dengan sebuah buku.
apa tu, abu tanya.
james bond senyum, lalu membuka buku selekeh tersebut.
isi hati dia, definisi cinta dia, semuanya tertera di situ.
buku itu penuh dengan gambar keluarganya,
& tulisan yang tidak difahami abu.
i write to them.. all day & night, kata james bond,
i want to go back home.. rich.. to support their lives, katanya lagi.
hati abu tersentuh & dia hanya mampu senyum.
abu kata dia telah nampak perkara yang paling indah;
mata james bond - dihiasi dengan jutaan berlian berjenama cinta.

abu pandai bercerita & hobinya menghargai perkara yang paling kecil.
susah nak jumpa orang seperti abu.
matanya mula berair tapi dia tetap sambung ceritanya.
james bond selalu kena marah, kena ejek dengan bos,
sebab dia satu-satunya pekerja asing.
'mentaliti manusia tidak pernah berubah. padahal dia tak tahu siapa yang sebenarnya ikhlas bekerja & siapa tidak.'
aku hanya mampu mengangguk.
benar, kita hanya bijak menilai.

hari makin gelap & hujan mula turun dengan lebat sekali.
abu park kereta dekat pusat beli belah tadi,
jadi aku teman dia harungi hujan lebat itu.
kalau orang lain lari taknak basah, abu lain.
dia jalan dengan perlahan sekali.
bila ditanya kenapa, dia jawab hujan itu cinta;
"i will never get people who claim to love the rain yet still use an umbrella under it"
"maybe they just got out of a high class salon & wouldnt risk their lives to get their hair wet?"
"then that isnt love anymore, is it?"

hujan itu nikmat,
& being under it is an honour, abu selalu kata.

*

what is love?
well, love comes in all forms,
sesama manusia, binatang, kejadian realiti tiap hari,
tapi untuk memberi satu definisi yang tetap untuk cinta itu adalah mustahil,
kerana cinta itu punyai ribuan makna.

tidak, cinta itu tidak selalu menggembirakan.
if it wasnt meant to hurt, then it's us who often complicate things,
kerana kita manusia, kita punyai ratusan kelemahan,
kita tidak pernah sempurna,
sama saja seperti cinta.
cinta itu juga tidak pernah sempurna.
malah, cinta itu adalah setiap diri kita di dunia ini.

tuan kepada ribuan bentuk kelemahan,
love, like us,
is flawed.


Sunday, December 30, 2012

29th

29 haribulan.
kawan aku telah meminta tolong ganti tempat dia di counter ticket,
bilangnya ingin ke bawah kejap,
mahu makan.
aku yang memang gemar memerhati gerak geri manusia yang bermacam jenis di counter tersebut setuju.

customer tidak banyak, mata aku mula memberi perhatian pada fon aku yang tertulis facebook di atasnya.
beberapa ketika kemudian, aku pandang ke atas.
terdirinya seorang lelaki yang umurnya lebih kurang 35.
'hi *senyum*'
dia diam.
'yes? *masih dalam posisi senyum*'
dia diam lagi, seolah tercari-carikan sesuatu.
aku mula buntu.
jarinya sedang menunjuk sesuatu.
aku buntu lagi.
kemudian dia mencapai sekeping birthday voucher yang khasnya untuk diisi customer pada harijadi mereka demi mendapat secawan regular coke.
matanya tercari-cari lagi, seolah dia telah hilang sesuatu yang amat bermakna.
dia merampas pen yang berada dalam genggaman tangan kanan aku,
terbalikkan voucher tersebut & mula menulis sesuatu.
cz12, kata voucher itu.
aku senyum & tanya pukul berapa.
dia seolah sedang cuba berkata-kata tetapi yang keluar hanya bunyi mm.
dia pandang voucher itu lagi & mula melukis sebuah panggung wayang.
aku tanya lagi, pukul berapa?
2.15, kata voucher itu lagi.

okay, aku tekan 2.15 & suruh dia memilih seat.
dia melepaskan pen itu.
tangannya pula menanya berapa?
14 ringgit. tetapi dia hanya mengeluarkan 10 ringgit.
14, aku kata lagi sambil menunjuk skrin.
dia keluarkan sekeping kad. kadnya tertulis kad oku & tangannya seolah bertanya tak ada?
aku pandang kawan aku di counter sebelah.
kenapa, dia tanya.
tak ada discount ke, aku tanya walaupun aku tahu tak ada.
aku hanya mampu berharap jawapannya dapat mengukir senyuman pada muka lelaki itu.
tak ada, katanya dengan muka hampa.

aku raba poket seluar aku, tercari-carikan duit walaupun aku tahu tidak cukup.
aku hanya mampu berharap aku dapat mengukir senyuman pada muka lelaki itu.
hah, aku ada 4 ringgit. cukup la tu.
aku pandang semula lelaki itu.
ya, 10 aku kata.
tetapi dia melihat semula skrin komputer & mula tercari-carikan sesuatu.
dia mengeluarkan 4 ringgit dari walletnya.
dia pandang aku lagi, memakai ekspresi muka yang paling keliru.
dia tunjuk lagi kadnya itu,
tak ada, tanya tangan kanannya lagi.
aku mengangguk & menunjuk kedua-dua belah tangan aku sambil berkata sepuluh.
dia mencapai semula pen tadi & menulis sesuatu.
boss, kata voucher itu.

boss aku keluar makan.
tetapi aku tetap berjalan ke hujung counter & mendial nombor ofis, walaupun aku tahu tiada siapa akan angkat.
aku hanya mampu berharap panggilan itu dapat mengukir senyuman pada muka lelaki itu.
tiada.
aku pulang ke counter aku & memandangnya.
mata aku mula berair.
tak ada ke, tanya tangan kanannya lagi.
tak ada, maafkan aku.

dia mengambil tiketnya & mengangguk.
tahan, aku berkata kepada diri aku sendiri. jangan menangis.
aku mencapai voucher tadi & menyimpannya dalam poket aku dengan baik sekali.

45 minit sebelum wayang bermula, aku nampak dia menunggu di luar panggung wayang.
dia pandang aku & menunjuk tiketnya.
belum start, aku kata.
sekali lagi dia memakai ekspresi muka paling keliru dia itu lagi.
aku keluarkan fon aku & tunjuk ke arah jam.
1.31. dia mengangguk lalu setia menunggu.

29 haribulan.
hari paling bermakna pada aku.


Friday, July 27, 2012

Some nights.



malam yang hambar,
dihiasi dengan lampu-lampu & belon-belon yang datang dari pelbagai jenis kisah lalu.

malam yang hambar,
dilitupi kehadiran awan-awan mendung.
bintang kemudian datang menghinggap,
mana pula sang bulan? 

malam yang hambar,
dikelilingi sebuah bandar khayalan.
khayal dengan keadaan persekelilingan.

malam yang hambar,
terdirinya seorang lelaki,
yang hatinya telah remuk.
cuba ingin mencari diri sendiri,
kerana dirinya seolah layang-layang yang telah ditenggelami air.

malam yang hambar,
otaknya lemas dengan fikiran.
but does he not know that deep thoughts only leads to negativity?

i guess not.
selamat malam, malam hambar.

Wednesday, July 11, 2012

sering disalah faham. aku tidak pasti siapa yang patut disalahkan. fikiran aku yang 80% abnormal atau fikiran pengikut realiti yang jelasnya tidak bersependapat dengan aku.

majority wins.

ampun maaf kerana miliki minda yang tidak seberapa normal ini.
yang tidak..

*pause*

*tarik nafas*

*hembus nafas*

 mainstream.


oops.