Sunday, December 30, 2012

29th

29 haribulan.
kawan aku telah meminta tolong ganti tempat dia di counter ticket,
bilangnya ingin ke bawah kejap,
mahu makan.
aku yang memang gemar memerhati gerak geri manusia yang bermacam jenis di counter tersebut setuju.

customer tidak banyak, mata aku mula memberi perhatian pada fon aku yang tertulis facebook di atasnya.
beberapa ketika kemudian, aku pandang ke atas.
terdirinya seorang lelaki yang umurnya lebih kurang 35.
'hi *senyum*'
dia diam.
'yes? *masih dalam posisi senyum*'
dia diam lagi, seolah tercari-carikan sesuatu.
aku mula buntu.
jarinya sedang menunjuk sesuatu.
aku buntu lagi.
kemudian dia mencapai sekeping birthday voucher yang khasnya untuk diisi customer pada harijadi mereka demi mendapat secawan regular coke.
matanya tercari-cari lagi, seolah dia telah hilang sesuatu yang amat bermakna.
dia merampas pen yang berada dalam genggaman tangan kanan aku,
terbalikkan voucher tersebut & mula menulis sesuatu.
cz12, kata voucher itu.
aku senyum & tanya pukul berapa.
dia seolah sedang cuba berkata-kata tetapi yang keluar hanya bunyi mm.
dia pandang voucher itu lagi & mula melukis sebuah panggung wayang.
aku tanya lagi, pukul berapa?
2.15, kata voucher itu lagi.

okay, aku tekan 2.15 & suruh dia memilih seat.
dia melepaskan pen itu.
tangannya pula menanya berapa?
14 ringgit. tetapi dia hanya mengeluarkan 10 ringgit.
14, aku kata lagi sambil menunjuk skrin.
dia keluarkan sekeping kad. kadnya tertulis kad oku & tangannya seolah bertanya tak ada?
aku pandang kawan aku di counter sebelah.
kenapa, dia tanya.
tak ada discount ke, aku tanya walaupun aku tahu tak ada.
aku hanya mampu berharap jawapannya dapat mengukir senyuman pada muka lelaki itu.
tak ada, katanya dengan muka hampa.

aku raba poket seluar aku, tercari-carikan duit walaupun aku tahu tidak cukup.
aku hanya mampu berharap aku dapat mengukir senyuman pada muka lelaki itu.
hah, aku ada 4 ringgit. cukup la tu.
aku pandang semula lelaki itu.
ya, 10 aku kata.
tetapi dia melihat semula skrin komputer & mula tercari-carikan sesuatu.
dia mengeluarkan 4 ringgit dari walletnya.
dia pandang aku lagi, memakai ekspresi muka yang paling keliru.
dia tunjuk lagi kadnya itu,
tak ada, tanya tangan kanannya lagi.
aku mengangguk & menunjuk kedua-dua belah tangan aku sambil berkata sepuluh.
dia mencapai semula pen tadi & menulis sesuatu.
boss, kata voucher itu.

boss aku keluar makan.
tetapi aku tetap berjalan ke hujung counter & mendial nombor ofis, walaupun aku tahu tiada siapa akan angkat.
aku hanya mampu berharap panggilan itu dapat mengukir senyuman pada muka lelaki itu.
tiada.
aku pulang ke counter aku & memandangnya.
mata aku mula berair.
tak ada ke, tanya tangan kanannya lagi.
tak ada, maafkan aku.

dia mengambil tiketnya & mengangguk.
tahan, aku berkata kepada diri aku sendiri. jangan menangis.
aku mencapai voucher tadi & menyimpannya dalam poket aku dengan baik sekali.

45 minit sebelum wayang bermula, aku nampak dia menunggu di luar panggung wayang.
dia pandang aku & menunjuk tiketnya.
belum start, aku kata.
sekali lagi dia memakai ekspresi muka paling keliru dia itu lagi.
aku keluarkan fon aku & tunjuk ke arah jam.
1.31. dia mengangguk lalu setia menunggu.

29 haribulan.
hari paling bermakna pada aku.