Saturday, June 7, 2014

suatu kegembiraan
sesuatu yang tidak cukup diluahkan dengan kata-kata yang sebagaimana manis
nasi lemak fresh dengan teh tarik di pagi hari
coklat
prada, gucci & channel. channel? - wait what
mamat dekat kedai adidas semalam
first crush dekat tadika

what is love actually?
apa itu cinta?

*

dulu kala aku selalu bilang love is everything.
cinta itu ibarat oksigen (kononnya)
bak kata the beatles, all you need is love.

kian hari membesar, kian hari berterima kasih pada episod harian realiti,
makin lama kepercayaan aku pada cinta makin pudar.
kemudian aku mula berhenti mengiya mengangguk bila jumpa lirik lagu the beatles.
aku seolah tidak percaya pada cinta lagi.

mungkin realiti telah mengetuk pintu fikiran aku,
memanggil aku dengan suara yang paling merdu,
meyakinkan aku untuk keluar dari dunia mimpi,

jadi, aku keluar.
aku kata pada diri aku cinta itu bukan segalanya,
cinta itu bukan oksigen,
& all you need is love  happiness.

*

pagi isnin, aku keluar menghirup udara segar.
hari baru, chapter baru.
hai realiti, comel kau harini.
moga dihiasi kejutan yang comel-comel juga.
aku keluar sorang, kerana kadang kala aku suka masa bersendirian,
& kadang kala aku malas cakap dengan orang, bikin hati aku panas,
& kadang kala aku suka teman diri aku sendiri kerana dalam episod keperitan aku, yang ada tolong bangkitkan aku semula hanya diri aku yang selekeh ini.
solitude is bliss.
& aku takkan pernah faham dengan orang yang tak suka berseorangan, yang menganggap being alone itu adalah lonely.

dahaga, aku beli starbucks.
bazir duit orang kata, tapi bukan selalu,
janji hati aku senyum berseri.

aku duduk & melihat gelagat manusia yang bermacam bentuk,
kerana aku paling suka memerhati orang.

terlihat aku seorang ibu yang sedang menjaga anaknya,
yang paling nakal,
yang sedang seronok membaling barang mainannya ke merata tempat.
aku kemudian memerhati tahap kesabaran ibunya,
& aku ternampak perkara yang paling indah.
matanya - dihiasi dengan jutaan berlian berjenama cinta.
& anaknya tidak lagi nakal.

kisah itu telah mengingatkan aku tentang kucing belakang rumah aku,
yang telah beranak atas bumbung.
kini anaknya telah besar & tidak tahu turun.
setiap hari aku perhati ibunya naik ke atas,
bagi dia susu & cuba mengajarnya turun.
tapi anaknya takut, takde confidence.
namun ibunya tetap gigih mencuba.
satu hari aku intai si ibu kucing,
& sewaktu dia memandang anaknya,
aku ternampak perkara yang paling indah.
matanya - dihiasi dengan jutaan berlian berjenama cinta;
indah sungguh kasih sayang ibu.

**

aku sambung jalan lagi.
terdengar nama aku menari-nari di sekitar pusat beli belah tersebut,
aku toleh belakang dan terdirinya di situ kawan lama aku.
seronok bila terserempak dengan kawan lama,
perasaannya, tidak dapat dinyatakan.

seperti dulu kala, kita duduk di meja kedai mamak,
teh tarik dalam genggaman,
& boom, mula berborak tentang hidup.
sewaktu kita sedang berkongsi pengalaman bekerja,
cinta kemudian muncul, meminta maaf kerana lambat sampai.
& di situ terbukanya kisah seorang pekerja nepal,
yang giat mencari rezeki untuk keluarganya di kampung.
orang panggil dia james bond.
aku pun tak tahu mengapa,
mungkin dia peminat tegar cerita itu.

satu hari selepas kerja, kawan aku ternampak james bond dengan sebuah buku.
apa tu, abu tanya.
james bond senyum, lalu membuka buku selekeh tersebut.
isi hati dia, definisi cinta dia, semuanya tertera di situ.
buku itu penuh dengan gambar keluarganya,
& tulisan yang tidak difahami abu.
i write to them.. all day & night, kata james bond,
i want to go back home.. rich.. to support their lives, katanya lagi.
hati abu tersentuh & dia hanya mampu senyum.
abu kata dia telah nampak perkara yang paling indah;
mata james bond - dihiasi dengan jutaan berlian berjenama cinta.

abu pandai bercerita & hobinya menghargai perkara yang paling kecil.
susah nak jumpa orang seperti abu.
matanya mula berair tapi dia tetap sambung ceritanya.
james bond selalu kena marah, kena ejek dengan bos,
sebab dia satu-satunya pekerja asing.
'mentaliti manusia tidak pernah berubah. padahal dia tak tahu siapa yang sebenarnya ikhlas bekerja & siapa tidak.'
aku hanya mampu mengangguk.
benar, kita hanya bijak menilai.

hari makin gelap & hujan mula turun dengan lebat sekali.
abu park kereta dekat pusat beli belah tadi,
jadi aku teman dia harungi hujan lebat itu.
kalau orang lain lari taknak basah, abu lain.
dia jalan dengan perlahan sekali.
bila ditanya kenapa, dia jawab hujan itu cinta;
"i will never get people who claim to love the rain yet still use an umbrella under it"
"maybe they just got out of a high class salon & wouldnt risk their lives to get their hair wet?"
"then that isnt love anymore, is it?"

hujan itu nikmat,
& being under it is an honour, abu selalu kata.

*

what is love?
well, love comes in all forms,
sesama manusia, binatang, kejadian realiti tiap hari,
tapi untuk memberi satu definisi yang tetap untuk cinta itu adalah mustahil,
kerana cinta itu punyai ribuan makna.

tidak, cinta itu tidak selalu menggembirakan.
if it wasnt meant to hurt, then it's us who often complicate things,
kerana kita manusia, kita punyai ratusan kelemahan,
kita tidak pernah sempurna,
sama saja seperti cinta.
cinta itu juga tidak pernah sempurna.
malah, cinta itu adalah setiap diri kita di dunia ini.

tuan kepada ribuan bentuk kelemahan,
love, like us,
is flawed.