Sunday, April 8, 2012

Unfair.


hujan turun bagai seorang budak kecil degil,
yang tidak dapat membeli kereta permainan hot wheel idamannya,
kerana dianggap membazir duit.
yang hanya mampu menangis memberontak,
menjerit ketidakpuashatian.
kerana dunia ini tidak adil.

tidak adil, kau kata?

hai budak kecil degil,
dunia ini sebenarnya adil.
cuma kita yang salahgunakan perkataan 'tidak adil' itu.
bila hati luka, kita merungut.
semasa dalam susah, kita merungut.
ketika jatuh, kita merungut.
& tiap kali kita merungut, kita berkata bahawa dunia ini tidak adil.
padahal hati kita yang perit.
tetapi kita lebih suka menyalahkan dunia,
kerana malu hendak mengaku ianya salah kita sendiri.

*

mengapa hujan turun?
hari ini patutnya kita ke pantai.
dunia ini tidak adil.