Monday, March 26, 2012

Reality's acts.


pernahkah kau sedar, bahawa teman yang paling celaka,
sebenarnya adalah yang paling rapat dengan kita?

bahawa mereka yang sering menikam belakang kita,
yang penuh dengan gelak tawa pabila melihat kejatuhan kita,
adalah mereka yang paling kita percayai?
mereka yang paling tidak pernah dijangka,
tidak pernah disangka.

& mereka memanggil diri mereka seorang teman,
mengaku nama mereka kawan.

*

aminah telah berkawan rapat dengan emina sejak kecil lagi.
kerana mereka punyai citarasa yang sama dalam segalanya.
jadi, senang ngam.
di mana ada emina, di situ ada aminah.
paris hilton kata, bagai bff.
tetapi, itu pada mata orang.
realitinya, suatu hari, sewaktu emina sedang menikmati secawan milo ais bersama siti di sebuah warung,
dia telah bercerita tentang aminah.
segala keburukannya, segala kelemahannya.
lalu, mereka ketawa bagai dunia ini mereka punya.

5 minit kemudian, aminah menyertai mereka berdua.
& mereka hanya mampu bersenyum kepada aminah,
berpura-pura seperti tiada apa yang telah berlaku.
senyuman yang kononnya manis,
perwatakan yang kononnya baik, ikhlas & tidak pernah bersalah.

walhal di belakang senyuman manis & perwatakan baik mereka itu lah,
tersoroknya kecelakaan & kebangsatan,
kejahatan & ketidak ikhlasan.

**

lakonan manusia. amat menakjubkan.

pernahkah kau sedar, bahawa tiada siapa boleh dipercayai?
kerana realiti & pengikut-pengikutnya ini hanya sebuah lakonan semata-mata.