Saturday, May 5, 2012

& i will try, to fix you.



selamat petang.
banyak kisah yang telah terjadi di dunia realiti ini.
jika realiti sebuah novel, agaknya sampai sudah lah takkan pernah lengkap.
takkan pernah habis, takkan pernah siap.

*

selamat petang.
apa khabar pengikut realiti sekalian.
saya di sini, masih tidak gemarkan dunia realiti.


meh.
haritu sewaktu saya dalam kereta, dalam perjalanan ke sekolah,
seorang kerdil bernama konklusi telah datang mengetuk pintu fikiran saya,
& menjenguk saya buat seketika.
lalu konklusi berkata ; dunia ini adil. cuma manusia yang tidak.

petang itu saya balik rumah, login twitter & berita tentang budak bernama nayati itu telah membanjiri timeline saya.
budak yang telah hilang buat beberapa hari itu telah dijumpa.
syukur.

malam itu pula saya telah tonton televisyen,
rupanya penculik itu melepaskan budak comel itu kerana telah dibayar oleh ibubapanya.
amboi, penculik.
kau ingat dunia ini kau yang punya ke?

ah, benar sungguh kata-kata konklusi.
manusia, sungguh tidak adil.
mengapa aku berkata begitu?

kerana kita semua hanya mahukan jalan keluar yang mudah.
tidak pernah tahu maksud usaha.
bilang hidup ini susah, tapi mana usahanya?
culik anak orang, dengan harapan dapat wang jika kembalikan budak kecil yang tidak bersalah itu.
cerah harapan awak jika keluarga budak itu mampu.
hancur musnah harapan awak jika keluarga itu tidak.
crushed hopes yang juga memusnahkan dunia mereka yang tidak langsung bersalah.

havent you heard, the sweetest way to success is by working hard.

hidup ini kesusahan punya other half.
semua orang pernah mengalaminya.
semua orang pernah menghadapinya.
jika tidak sekarang, mungkin esok, mungkin lusa.
atau mungkin telah pernah menghadapinya dulu kala,
cuma lebih suka jika ia disimpan dalam poket seluarnya & tidak dibawa keluarkan lagi.
jadi jangan lah bimbang, kau tidak pernah keseorangan.

yes, nayati is back.
tapi ramai lagi masih belum dijumpai,
kerana tidak semua mampu menghulur ribuan atau jutaan ringgit dengan senang sekali.
kerana tidak semua yang berada di dunia realiti ini hidup dengan senang.
tidak semua.


'pulangkan milik si anak ini yang kau raguti. hapuskan tangisan si ibu ini, yang mengalir sepi.'