Wednesday, February 15, 2012



love is blind.
ya, cinta itu buta.

tidak kira rupa.
tidak kira umur.
tidak kira jantina.
tidak kira bangsa
& pastinya tidak kira kelemahan atau kelebihan.
kerana cinta itu ikhlas.
tidak boleh dipaksa,
tidak boleh disuruh.

cinta bukan hanya sekadar kata-kata manisan,
bukan hanya sekadar rindu,
bukan hanya sekadar menghargai,
bukan hanya sekadar aksi,
kerana cinta itu ikhlas.

cinta itu adalah menerima sesuatu dengan seadanya.
tetapi ramai yang membantah,
ramai yang menilai.
ramai yang tidak sokong.

& mereka berkata cinta antara satu jantina dengan jantina yang sama itu jijik.
cinta itu sebenarnya bagai membancuh secawan kopi.
setengah suka ia manis,
setengah suka ia pahit,
setengah pula suka ianya berada di tengah-tengah.
lain orang, lain citarasa.

cuba kau suruh ali yang seumur hidupnya telah membancuh kopi dalam cawan merah itu bertukar ke cawan berwarna langit biru.
mesti dia taknak.
cuba kau paksa dia lagi, pujuk dia lagi,
confirm dia naik angin.
kerana perasaan seseorang tidak boleh dipaksa.
atau mungkin kerana dia telah terlalu biasa dengan cawan merah itu,
sehingga dia tidak sanggup mengguna cawan lain.
rasa janggal.

sama saja seperti ana yang telah jatuh hati pada siti.
atau abu yang telah jatuh hati pada muhamad.
perasaan ini umpama hujan,
tidak boleh ditipu.
kerana semua orang nampak.

tidak, ia tidak jijik.
tetapi kita tetap akan menilai,
kita tetap akan membantah,
mungkin kerana kita tidak pernah terfikir untuk cuba meletakkan diri kita dalam kedudukan mereka walaupun buat seminit,
tidak pernah cuba untuk memahami mereka.
kita hanya bijak menilai.
atau mungkin kita sendiri yang masih belum berjumpa dengan maksud sebenar cinta.

tetapi juga, ini cuma pandangan aku.