Thursday, March 22, 2012

"everybody talks, everybody talks, everybody talks too much."

manusia.
mereka sering berpendapat bahawa mereka the best.
bahawa mereka yang terbaik,
yang paling power.
sering pura-pura menahui segalanya,
berlagak seperti dunia ini mereka yang punya.
segalanya seolah suatu pertandingan bagi mereka.
seperti tiada apa lagi yang penting selain bertanding.

aku tahu bertanding itu suatu perkara yang bagus.
& setiap orang berhak berpendapat bahawa mereka the best.
tetapi kita tidak boleh selalu berada di atas kan.
kadang kala kena jatuh juga,
agar dapat fahami maksud kegagalan.
kerana hidup seorang hero bermula daripada kejatuhan,
bermula daripada kegagalan,
daripada kelemahan.

bohong jika kau bilang kau tidak pernah gagal,
walaupun sekali.
kita semua pernah gagal pada suatu masa.

*

ali sedang sibuk menyiapkan kerja yang tempoh masanya akan tamat dalam seminit,
kemudian dia terdengar bunyi jatuhan sebatang pen,
yang lokasi jatuhnya hanya 1 cm jarak darinya,
dia dengar, dia tahu, dia nampak,
tetapi dia hanya mampu mendengar & menahui.
tiba-tiba kawan dia panggil meminta tolong,
'ali, tolong ambilkan pen aku tu.'
dia pura-pura tidak dengar.
sekali lagi, 'weh ali tolong lah. aku sedang sibuk. nanti aku belanja kau aiskrim.'
ali pun dalam keadaan bengang & tergesa-gesa mencapai pen itu lalu baling pada rakannya dengan memakai ekspresi muka yang sangat annoyed.
tempoh masa tamat.

situ, ali & rakannya telah gagal.
gagal, kau tanya?
gagal?
situasi yang terjadi setiap hari, bagaimanakah itu kegagalan?
hah, go figure.

*

kita sebenarnya gagal tiap hari.
cuma kita sendiri yang tidak pernah sedar.