Monday, January 30, 2012


kita hilang tiap hari,
kita kehilangan tiap hari,
kita menghilangi tiap hari.

hilang.
mengapa ia wujud?
mengapa ia begitu kejam,
mengapa.

*

tadi kawan aku lari, dia telah hilang.
hilang disorok awan-awan yang seperti sedang berkeliaran pada petang hari.
yang langitnya kelihatan paling manis.
sebelum dilarikan dirinya, telah dikata hatinya amat perit.
mengapa, aku bertanya.
dia cuma senyap.
mengapa, aku bertanya lagi.
kali ini dia senyum,
senyum seolah-olah ia senyuman terakhirnya di dunia realiti ini.
& aku hanya mampu senyum balik.

sehari suntuk dia telah lari.
daripada aku,
daripada dunia realiti.
aku terjatuh, terduduk, atas rumput yang hijaunya paling lembut,
dikelilingi pokok-pokok,
ditemani angin bayu.

mengapa kau melarikan diri.

**

esok harinya, aku bangun dengan perasaan perit
aku turun, mencapai surat khabar dengan harapan Manchester United menang perlawanan bola sepak malam tadi.
tidak pernah aku dapat sangka, mukasurat hadapannya gambar kawan aku,
yang telah meninggalkan dunia realiti.

& aku terjatuh, terduduk, atas lantai yang kerasnya seperti kayu.
dikelilingi rasa perit,
ditemani perasaan bersalah.

maafkan aku, itu saja yang mampu aku ungkapkan.

& aku seperti dapat mendengar suaranya,
suara merdunya, yang sedang cuba memujuk aku,
yang sedang meyakinkan aku bahawa aku tidak bersalah,
yang sedang merayu untuk doa aku,
seolah-olah doa aku itu sebentuk cincin berlian yang amat berharga.

aku pasrah.
yang kemudian bertukar menjadi redha secara perlahan.
ya, aku telah redha.

tetapi mengapa.
beribu-ribu mengapa berlari keliling fikiran aku.
terdesak untuk mencari jawapan,
yang tidak pernah datang kepada aku.

*


kita tertanya-tanya tiap hari,
kita tercari-cari tiap hari,
tetapi kita masih gagal.


hilang.
aku tidak tahu mengapa ia wujud.