Wednesday, December 14, 2011


setiap orang pasti punyai seorang kawan.
seorang teman untuk dikongsi segalanya,
seorang teman untuk dikongsi kegembiraan,
seorang teman untuk dikongsi kesedihan, keperitan,
seorang teman untuk lepak sambil menghayati secawan teh tarik.

tetapi di sebalik teman-teman ini,
ada juga teman yang berhak dilabel bangsat.
yang berhak dilempar sepatah dua carutan.

kadang-kadang teman yang kita lihat paling manis,
sebenarnya adalah yang paling pahit.
kadang-kadang teman yang paling baik pada mata kita,
sebenarnya adalah yang mampu menikam kita dengan perlahan,
yang sanggup mati untuk melihat kita derita.

aku sendiri tidak faham dengan mereka.
mungkin mereka ingat mereka 'boss',
atau mungkin mereka masih belum kenal dengan perkataan 'sahabat',
sehingga mereka sanggup melihat kejatuhan teman-teman mereka.

***


aku punyai ratusan kawan,
puluhan teman,
& beberapa sahabat sejati.
tetapi kadang-kadang aku tertanya pada diri aku sendiri,
'will they be right here, by my side always?'

malah soalan itu, soalan yang tertanya ramai.
jadi aku tidak lah keseorangan.

di sebalik ratusan kawan aku,
aku juga telah banyak kehilangan kawan.
mereka yang dulu kala bagaikan segalanya pada aku,
sekarangnya bagaikan tidak pernah kenal.
& aku terfikir, pernah kah mereka terfikir pasal aku?
walaupon untuk sesaat.
kerana aku rindu.
tetapi aku hanya mampu berdiam diri & menyorok belakang selimut kegembiraan aku.
aku terfikir lagi,
pasti ada hikmahnya di sebalik kehilangan ini.
& kemudian aku tersenyum kepada diri aku sendiri.
aku bersyukur, dengan apa yang ada, dengan manusia sekeliling aku,
dengan kawan-kawan aku sekarang.

**

dalam setiap persahabatan, perkataan abai itu tidak lengkap jika tiada.
diabai, mengabai.
pasti akan wujud dalam apa jua situasi.
abai.
wujud kah sebenarnya perkataan itu,
atau adakah kita yang sering mudah terasa dengan keadaan,
kerana hati kita yang amat sensitif?

mungkin. mungkin ianya hanya hati kita.
mungkin juga tidak.
mungkin aku juga tidak tahu.

**

setiap orang pasti punyai seorang kawan,
seorang teman,
seorang rakan,
seorang sahabat,
sekurang-kurangnya seorang.
kerana hidup ini takkan pernah lengkap tanpa seorang itu.