Thursday, December 29, 2011



selamat tinggal.
kata-kata paling pedih.
ungkapan paling sukar.

lagi berapa hari saja aku akan masuk tahun terakhir persekolahan aku,
di mana aku akan menduduki peperiksaan SPM aku.
juga di mana aku & kawan-kawan aku akan berpisah.
semuanya akan menuju ke arah-arah lain.

aku sebenarnya tidak sedia.
aku sebenarnya takut.
takut ingin berpisah dengan kawan-kawan aku.
takut kita tidak akan seperti zaman persekolahan lagi.

cepat sungguh masa berlalu.
terasa seperti baru saja semalam pertama kali aku jejak kaki ke era sekolah menengah aku.
pertama kali aku berjumpa dengan kawan-kawan baru,
pertama kali aku meluangkan waktu rehat bersama kawan-kawan di kantin sekolah aku,
pertama kali aku menulis dalam buku sekolah aku,
pertama kali aku siapkan kerja sekolah aku,
pertama kali aku menduduki ujian bulanan aku,
pertama kali aku merungut tentang kerja khusus aku,
pertama kali aku senyum kegembiraan kerna mendapat keputusan cemerlang dalam ujian aku,
juga pertama kali aku menangis kehampaan kerna melihat keputusan aku yang masih tidak cukup cemerlang.
yang serupa bangsat.

itu lah hidup kan.
kadang kala kita bagai raja, terletak pada kedudukan tertinggi.
disanjung tinggi, dihormati ramai.
tetapi kadang kala kita bagai sebiji batu kecil,
yang diketawai orang ramai, yang dibaling orang ramai.
dipijak, dibuang, dibiar begitu saja.

tapi mereka salah.
apa guna juga dipanggil raja jika "raja" itu sendiri ketawakan kelemahan orang lain.
menghina orang lain, angkuh.
hanya membuang masa menyanjung, hanya membazir masa menghormati.
sedangkan batu kecil itu yang patut disanjung tinggi & dihormati ramai.
ya, memang batu itu punyai berjuta kelemahan.
tapi sekurang-kurangnya, ia sedar.
tidak lupa diri & terus berusaha.

*

setiap malam sebelum aku tidur, aku terfikir,
selepas tamat zaman persekolahan aku nanti,
apakah aku & kawan-kawan aku akan masih berhubung?
berjumpa di kedai mamak, order secawan dua teh tarik & borak tentang hidup.
mengenangkan kisah dulu kala,
ketawa pabila teringat tentang memori yang telah dikongsi pada zaman persekolahan,
menangis merindui, mengharapkan wujudnya mesin memutar masa.

& kemudian setelah kami tinggalkan meja tersebut,
setelah kami habiskan teh tarik tersebut,
kami kembali asyik dengan hidup kami.
walaupun rindu, walaupun pedih.
kerana itu lah hidup.

it goes on.