Friday, January 20, 2012

Growing up.


bila kita lemas, hidup tiba-tiba terasa benar.
hari itu, bukan aku yang hampir lemas.
tetapi kadang kala begitulah rasanya zaman remaja.
meronta, melawan berbagai jenis persoalan & tekanan.
cuba untuk melepaskan diri dari tekanan.
mengelak daripada tenggelam, mencari ruang untuk bernafas,
kerana tenggelam itu kejam.
ya, ketika itulah hidup terasa benar.

*

membesar.
kita semua membesar tiap hari.
jika tidak dari segi luaran,
dari segi dalaman.
menjadi lebih matang.

membesar adalah suatu komedi yang tragik.
kita sering mengharungi kekejaman & kesengsaraan.
cabaran.
kadang kala kita melalui cabaran yang paling perit.
& kita mula terfikir,
tentang perkara-perkara bodoh,
tentang perkara-perkara yang episod akhirnya hanya akan melukakan kita,
yang hanya mampu membunuh kita dengan perlahan,
yang nanti hanya akan membuat kita terfikir betapa bodohnya kita pada masa itu.
kita sering mengharungi kekejaman & kesengsaraan,
kerana tanpa ia, kita takkan menjadi matang
& sedar siapa diri kita sebenarnya.

hidup merupakan suatu perjalanan.
perjalanan yang beribu-ribu kilometernya,
yang boleh dikatakan mudah, tetapi berliku.
kerana kita semua pasti mempunyai satu destinasi dalam hidup,
hanya satu.
walaubagaimanapun, kita semua melalui jalan yang berbeza,
hala tuju yang berbeza,
cara mencapai destinasi kita dengan berbeza;
berjalan dengan senyuman yang paling lebar walaupun hati telah diguris,
dicampak & dipijak,
kerana moto hidupnya 'all is well' (memang berhak dilabel idiot :P)
berlari, cuba mendahului yang lain,
kerana hidup itu umpama sebuah perlumbaan (kononnya)
& merangkak dalam keperitan,
kerana itulah hidup,
perit.

semuanya demi sampai ke destinasi kita dengan selamat.
destinasi yang satu itu,
destinasi yang sesetengah berkata, mudah, tetapi berliku.

**

seperti yang tertulis di post aku sebelum ini,
kita semua punyai kawan.
kawan baik, kawan pandai, kawan kaya, kawan susah senang,
kawan yang dilabel kawan,
tetapi hakikatnya tidak pernah sedar bahawa dia hanya sekadar digunakan.
bagai sepinggan nasi lemak.
jika ternampak seekor lalat kecil hinggap atas nasi kita,
pasti terwujud perasaan jijik,
walhal lalat itu hanyalah menghinggap atas sesuap nasi,
masih boleh ketepikan bahagian itu, tetapi kita pilih untuk ketepikan pinggan itu.
sama juga seperti kawan yang dilabel kawan itu.
apabila ada gunanya, dialah kawan rapat segala makhluk
& apabila tiada gunanya, dia mula diketepikan.
kedudukan dia sebenarnya setaraf nasi lemak itu,
tetapi dia buta.
dia ingat semuanya suka pada dia,
semuanya paling rapat dengan dia.

kawan yang kita rasa adalah paling rapat sebenarnya adalah mereka yang akan kita tinggalkan.
ya, semasa muda, kita ingat kita punyai ramai kawan.
kemudian, kita akan sedar betapa bertuahnya kita,
jika punyai sebilangan yang masih boleh dipercayai dalam hidup kita.
persahabatan.
kadang kala aku rasa ianya cuma sekadar batu loncatan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih.
apa sesuatunya,
itu, aku juga masih menyoal.

ketika itulah dia telah menutup mata dia & membuka hati dia.
dia hentikan segalanya & mula mencari diri sendiri.
ucapkan selamat tinggal kepada diri setaraf nasi lemak,
akhirnya, dia sedar.

bila kita lemas, hidup kita tiba-tiba menjadi benar.
kecuali, bukan aku yang hampir lemas pada hari itu,
tetapi aku masih mampu kembali ke jalan yang benar.

-bukan segalanya rekaan aku. setengahnya diambil daripada cerita yang kata-katanya telah meyentuh hati aku. cerita yang dulu kala pernah menjadi kegilaan orang Ipoh, pelajar sekolah Ipoh, cerita yang bertajuk Goodbye Boys