Friday, December 2, 2011


'life is too short.'
4 kata yang tidak terkata maknanya.
yang tidak terkata benarnya.
ya, perjalanan hidup kita ini pendek saja.
tidak jauh.
kanak-kanak yang kau baru saja nampak sedang bermain di taman permainan itu,
sekarangnya telah berada di sisi Tuhan.
wanita yang kau baru saja nampak sedang berpegangan tangan dengan suaminya itu,
sekarangnya telah berada di sisi Tuhan.
lelaki yang kau baru saja nampak di kaca televisyen itu,
sekarangnya telah berada di sisi Tuhan.

& bila mereka sedar kehilangan orang yang mereka sayang,
baru terwujudnya perasaan menyesal.

di sebalik senyuman & tawa riang kanak-kanak yang kau nampak di taman permainan itu,
sebenarnya terbentuk hati yang pedih.
sebenarnya berpakaikan badan lebam, kerana sering didera oleh ayahnya.
'maafkan aku, anakku', kata ayahnya sambil mengelap air matanya sendiri.

di sebalik pegangan tangan wanita itu dengan suaminya,
sebenarnya terukir kesedihan.
suami tersebut sebenarnya ingin meninggalkan wanita itu.
tetapi apakan daya wanita itu,
hanya mampu memegang tangan suaminya & berbisik kepadanya, 'don't leave'
'ampunkan aku, sayang', kata suaminya sambil mengusap rambut isterinya.

& di sebalik lelaki di kaca televisyen itu,
sebenarnya terdapat kepenatan.
penat ingin menangani mulut manusia yang sering bercakap buruk.
yang sering dengki dengannya,
yang sering ingin melihat kejatuhannya.
'salahkan kami', kata salah seorang manusia yang pernah bercakap buruk tentang lelaki itu sambil ditemani perasaan bersalah.

tetapi izinkan aku bertanya..
apa gunanya meminta maaf?
apa gunanya berasa menyesal?
& mengapa baru sekarang?
sedangkan hari-hari yang lepas mereka masih hidup,
kau berbuat bodoh saja.
mendera sekuat hati,
tidak pernah faham dengan perkataan menghargai,
bercakap sesuka hati, sekuat hati
walhal hari-hari itu lah yang patut wujudnya perasaan menyesal dalam diri seseorang.

sememangnya aneh manusia dalam realiti ini.
aku tidak pernah faham dengan manusia.
tidak pernah sekali.