Thursday, December 1, 2011


setiap manusia pasti pernah melalui perasaan perit kan?
setengah hingga telah berkawan rapat dengan perit,
& setengah, bagai air dengan api.
api, sebagai manusia & air, sebagai perit.
air yang sering ingin musnahkan kehadiran api.
yang dengki dengan kehadiran api.
seperti perit, sering dengki dengan manusia,
ingin saja mencari pasal dengan manusia,
ada saja alasan untuk melihat manusia jatuh,
ya, begitu lah perit.

*

bila dilempar dengan kata-kata yang tidak mahu didengari,
pasti hati rasa pedih, perit.
& tanpa disedari, air mata turun mengalir dengan perlahan sekali.
itu lah perit.

bila jatuh dalam longkang,
& kaki tersepit,
yang kemudiannya berdarah,
pasti rasa sakit yang pedih, perit.
& dalam keadaan sedar, air mata turun mengalir dengan deras.
itu, juga perit.

**

ayah kawan aku tadi telah tidur.
katanya ingin berehat mimpi tentang syurga.
& mungkin seperti aku, dia lebih suka berada dalam dunia mimpi,
dia telah kekal.
kekal dalam dunia mimpi dia, buat selamanya.
*walaupon aku masih lagi belum hingga ke tahap itu*
Al-Fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat.

'peritnya hati aku', kata kawan aku tadi.
rasa perit ini, aku tidak pernah lalui lagi.
ya, aku pernah kehilangan beberapa ahli keluarga,
tetapi mungkin kerana mereka tidak begitu rapat dengan aku,
hati aku tidak seperit ini.

'ya Allah, aku akan bangun daripada mimpi perit ini esok hari & jumpa ayah aku di meja dapur ketika sarapan', kata kawan aku lagi.
kali ini, air mata aku hanya mampu mengalir.
aku cuba bayangkan diri aku berada di tempatnya,
tetapi aku gagal.
aku tidak dapat rasa keperitan yang dirasanya.
aku hanya mampu temani dia dengan doa & kata-kata penyedap hati.
kata-kata yang mampu membuat dia senyum, walaupon untuk sesaat.
& senyuman itu, adalah senyuman paling manis aku pernah lihat seumur hidup aku.

kejam kan hilang ini?
hanya mampu membawa perasaan perit kepada seseorang.

ya, kita semua pasti pernah melalui perasaan perit.
tetapi bukan semua telah melalui rasa perit yang sama.
setengah keperitan, dapat dilupa dalam tempoh 3 hari,
setengah pula, dapat dilupa dalam tempoh sebulan,
tetapi wujud juga keperitan yang tidak dapat dilupa..
buat selamanya.