Sunday, November 27, 2011


dunia ini pelik kan?
amat pelik.
kita semua mesti pernah terduduk diam & bertanya, atau selalunya tertanya kepada diri kita sendiri,
apa telah jadi kepada dunia ini?
mengapa dunia ini telah berubah?
kadang kala kita tertanya soalan yang kita sendiri tak mampu jawab.

& kerana itu, aku benci pada realiti.
aku lebih suka bermimpi.
semuanya sempurna dalam dunia mimpi.
tiada pergaduhan, tiada rasa benci,
hanya wujud ketenteraman & rasa sayang.

**

dunia aku di mana populariti, dijadi kegilaan orang ramai,
sering membuat aku tertanya pada diri aku sendiri,
mengapa kita terkejarkan populariti?
mengapa kita mahu dikenali ramai?
mengapa kita sanggup buat apa saja untuk populariti?
mengapa?

apa bezanya seorang wanita popular & seorang wanita rocker tepi jalanan?
bukankah dua-dua sama manusia?
sama-sama punyai mata,
sama-sama punyai mulut & hidung,
sama-sama punyai kaki & tangan,
& sama-sama pasti punyai bakat tersendiri.
tapi, mengapa hanya seorang yang dilabel popular & berbakat,
sementara seorang lagi hanya mampu berdiam diri & dilabel bangsat.
mengapa hanya seorang yang kaya raya kerana bakatnya dalam berlakon,
sementara seorang lagi yang suaranya paling merdu ditemani derita untuk mencari kekayaan.

*

mengapa kita sering berlumba sesama sendiri?
amat ternyata kan bahawa dunia sekarang makin moden.
terlalu moden sebenarnya.
kereta kancil mana dipandang sudah,
fon old school mana diguna sudah,
pakaian reject shop mana dipakai sudah.
semua ingin yang mewah & mahal.
mungkin teknologi kini yang membutakan kita semua.
yang telah mengajar kita bagaimana untuk membazir duit.
sehingga kita semua sudah bingung dengan perkataan 'appreciate'
menyedihkan.

dunia ini tidak terkata peliknya.
seperti yang telah tertanya ramai,
ya, dunia ini telah berubah.
& hanya seorang yang mampu dipersalahkan dalam perubahan ini..
diri kita sendiri.

kadang kala kita tertanya soalan yang kita sendiri tak mampu jawab.
atau mungkin hanya kita yang buta.
tidak sedar bahawa jawapan kepada soalan-soalan yang kita tanya adalah dalam diri kita sendiri.