Monday, November 21, 2011

Dear moon,

Even at its worst, the moon never fails to smile.

di sebalik setiap kisah cinta,
pasti terselitnya kisah bulan & bintang.

**
aku ingat lagi pertama kali kita borak,
dekat laman web sosial, kau tegur aku.

sejak itu, kita jadi kawan.
makin hari makin rapat.
tiap hari borak tentang hidup, tentang bola, tentang muzik.

tapi kau tahu kah di sebalik perbualan kita tentang hidup, bola & muzik itu,
terdirinya seorang budak perempuan selekeh yang suka pada kau?
yang tersenyum sendiri bila nampak nama kau,
yang tersenyum sendiri bila borak dengan kau,
yang hanya mampu tersenyum sendiri & pendam perasaan.
kerana takut.
takut kau tak sukakan aku.

sehingga satu hari kau hantar sebaris mesej..
sebaris yang mampu buat aku senyum selama setahun.
sebaris yang mampu mengubah hidup aku.
'aku suka kau, jika aku jadi bulan, sudikah kau menjadi bintang aku?', katanya mesej itu.

*senyum lebar

tapi..
maafkan aku, bulan.
di sebalik senyuman lebar ini,
aku sebenarnya tak sedia untuk menjadi bintang kau.
maafkan aku, bulan.
di sebalik senyuman lebar ini,
aku takut aku akan kehilangan kau nanti.
maafkan aku, bulan.
di sebalik senyuman lebar ini,
aku risau..
risau aku tak dapat jadi bintang yang sempurna pada kau.

pada masa yang sama juga,
aku takut kau akan jumpa bintang baru.
aku takut kau akan lupakan aku.
aku takut kau akan abaikan aku.
& aku paling takut kau akan tinggalkan aku.

maafkan aku, bulan.
kerana terlalu pentingkan diri sendiri
kerana takut.
ya, penakut sebenarnya aku ni.
harapkan muka saja rupa gangster, tapi hakikatnya memiliki hati seorang penakut.
hmph.

tapi bulan, boleh kau janji sesuatu pada aku?
janji kau takkan cari bintang baru.
janji kau takkan lupakan aku.
janji kau takkan abaikan aku.
& janji kau takkan tinggalkan aku.
buat selamanya.
boleh?

kerana aku sayangkan kau, bulan.
& aku tak mahu kehilangan kau.

'maybe in an alternate universe, we will be together.'


sincerely,
a pathetic star