Friday, November 11, 2011


aneh kan bagaimana hari ini kita boleh bergurau senda bersama,
berkongsi kegembiraan bersama,
keperitan, kehampaan, kecelakaan, kemarahan,
segalanya dikongsi bersama.

& esok lusa pula bagai matahari & bulan.
satu, muncul hanya pada siang hari,
ketika segalanya terang.
satu lagi, muncul hanya pada waktu malam,
ketika segalanya pudar.

takut agaknya jika terserempak antara satu sama lain.
atau mungkin juga rindu.
rindu ingin seperti dulu kala.
tetapi hanya mampu berdiam diri kerana ego.
ya, ego yang jauh lebih tinggi dari eiffel tower di paris nun.
sehingga datang rasa perit.
keperitan yang membawa kepada ketakutan.
yang episod akhirnya membawa kepada benci.

'aku benci betul tengok muka dia. menyampah'

bohong. itu semua bohong.

di sebalik 'aku benci betul tengok muka dia. menyampah' itu sebenarnya,
'aku rindu kau tapi aku takut. takut ingin memberitahu kau perkara yang sebenar. takut kau tak rindu aku balik'

**

tapi dunia ini pelik.
jika bercakap benar, salah.
jika bohong, salah.
habis, kau mahu aku hentak kepala aku dekat dinding baru kau puas?
baru kau percaya?
baru kau faham?
yang sebenarnya aku tak benci pada kau,
yang sebenarnya aku amat rindu pada kau,
pada kita yang dulu.
begitu?

perasaan kita ini umpama lingkaran ubat nyamuk.
walaupun rumit,
episod akhirnya sentiasa diakhiri pada titik mulanya.