Sunday, October 30, 2011

mungkin aku telah jadi antara mereka.
mereka yang tiap hari menyorok belakang senyuman yang kononnya manis itu.
manis kau semua kata?
apakah kau tak nampak hati yang luka ini?
yang koyak rabak ini.
yang dulu kala kepunyaan the hulk,
yang sekarangnya telah hancur.
aku penat.
ya, penat.

**

lama aku tak update blog aku.
bohong jika aku kata aku sibuk,
bohong jika aku kata aku tiada masa.
hanya diri aku yang malas.
malas ingin menaip,
malas ingin berfikir.

hidup seperti biasa, kadang kala bosan,
kadang kala gembira sampai lupa dunia,
kadang kala sedih, perit.

bosan dengan rutin yang sama.
tiap hari ulangi benda yang sama.
apakah aku ini robot?

gembira dengan cuti yang telah diluangkan dengan rakan sejati.
rakan seperjuangan aku.
manisnya memori kami.
jika diingati nanti, pasti menangis merindui.
pasti menangis ingin memutar kembali masa.
ya, pasti menangis.

aku masih lagi diburu kisah silam aku.
famous benar aku ya, sehingga dicari-cari oleh kisah silam aku.
rileks, aku di sini saja.
tak ke mana.

tapi makin hari, aku makin sedar.
sedar bahawa semuanya hanya sekadar membuang masa.
mengingati, merindui, mengharapkan masa berputar.
ah, bazir masa saja lah.
aku mimpi pasal Kid Cudi lagi bagus.

ya, mungkin realiti telah merenjis air pada muka aku,
sehingga aku sedar.
sehingga aku bangun.
supaya aku tidak lagi menjadi antara mereka.
mereka yang tiap hari menyorok belakang senyuman yang kononnya manis itu.
terima kasih, realiti.
esok hari aku belanja kau aiskrim.