pelangi yang tampan.
aku kejar pelangi itu.
tapi..
pelangi itu hilang.
aku sedih, balik rumah ditemani lagu sebenarnya - man bai
mungkin kerana suara aku tidak ngam dengan lagu itu,
atau mungkin kerana aku terlalu feeling melayan lagu itu.
aku basah kuyup.
ya, basah.
salahkan air mata aku.
yang hanya mampu mengalir.

yang mengalir & mengalir.
tanpa henti.
tadi aku nampak pelangi itu lagi.
aku kejar pelangi itu.
sampai aku terjatuh.
aku bangun semula, lari terkejar-kejar pelangi itu.
tapi episod akhirnya aku jatuh
& jatuh & jatuh.
bagai titisan air mata seorang ibu yang jatuh ke tanah.
begitu lah keperitan kejatuhan aku.
tapi aku tak pernah mengalah.
sehingga satu hari..
pelangi itu hilang semula.
hilang & tak pernah kembali.
aku bagai nak gila.
ingin saja aku menjerit,
mencarut,
menangis.
bagai dunia ini aku yang punya.
'please come back'
itu saja yang mampu aku ungkapkan.