Sunday, August 7, 2011

kadang-kadang kita leka dengan hidup kita.
leka sampai segalanya dilupakan,
sampai segalanya diabai, ditinggal begitu saja.
sampai segalanya  meninggalkan kita dengan senyap.
yang tinggal, hanya bisikan.
bagaikan sebuah rahsia.

kadang-kadang kita tak nampak silap kita.
yang kita nampak, hanya silap orang lain.
buta.
ya, terlalu buta untuk melihat kesilapan sendiri.
sampai semuanya meninggalkan kita dengan senyap.
yang tinggal, hanya bayangan.
bagaikan sebuah memori.

bila hilang, baru rindu.
bila hancur, baru menyesal.

**

aku tak boleh tidur.
aku bukak youtube, cari lagu baru.
tapi tak tercapai pon matlamat aku.
konklusinya, aku malas mencari & layan saja lagu yang ada.
missing star - yuna.

sekali lagi, kisah silam aku telah mencari aku.
sekali lagi, kisah silam aku telah memburu aku.
aku bagaikan mangsa pemburuan.
yang sering diburu oleh kisah silam aku sendiri.
aku sedih.
sedih teringat kawan yang dulu aku sayang,
yang dulunya paling rapat dengan aku,
yang dulunya paling bermakna pada aku,
yang sekarangnya telah hilang.

aku sedih,
aku jatuh.
tapi aku bangkit semula, demi mereka.
aku terhegeh-hegeh mencari mereka.
lari terkejar-kejar mereka.
kerana ingin betulkan keadaan.
terdesak.
ya, aku terdesak.
tapi semuanya hanya sia-sia.
hanya sekadar membazir masa.
kerana yang hilang,
semuanya telah membeli buku baru.
telah mulakan chapter baru.
aku sedar
ya, aku sedar bahawa aku saja yang ingin membetulkan keadaan.
aku saja yang terdesak.
aku saja yang mengambil berat.

& kemudian, aku jatuh semula.
tapi kali ini, aku tak bangkit.
aku jatuh.
& aku kekal jatuh.