Monday, May 7, 2012

Ignorance is cute.


aku telah mengalami pagi yang amat sensitif.
mungkin kerana jumlah tidur aku yang tidak pernah ingin melebihi had 12 jam.
sudah lah tidak cukup tidur,
kemudian dikelilingi manusia yang kata-kata mereka telah memanaskan hati aku.

ah.

rumah fikiran aku kosong, aku mula buntu.
mulanya aku seolah ingin menangis, menjerit,
atau apa saja yang mampu membawa kepuasan kepada hati aku yang sedang sakit, sedang merana.

tiba-tiba seorang lagi kerdil bernama ignorance muncul,
datang bergegas masuk ke rumah fikiran aku.
dia mula melompat-lompat & mengatakan dirinya sesuatu yang amat menggembirakan,
amat menyeronokkan. bagai suatu berkat.
aku tersenyum sendiri melihat kecomelan ignorance itu.

hati aku mula tenang.
rumah fikiran aku kemudian dipenuhi episod-episod kegembiraan.
& aku berkata kepada diri aku sendiri ; ya, ignorance is bliss.
jadi aku sambung senyap & pulang kembali ke dunia aku sendiri,
dengan senyuman yang lebarnya lebih kurang tiga kali ganda padang sekolah aku.

ignorance, teman rapat baru aku.