Friday, July 15, 2011

hidup bagaikan sesuatu lakonan yang kita sering tonton di kaca tv,
di panggung wayang.
bagaikan sebuah cerita,
sebuah drama menarik.
kerana hidup ini penuh dengan lakonan.

aku pelik,
pelik dengan kelakuan manusia,
dengan manusia sekeliling hidup aku,
yang aku sayang,
yang aku benci,
yang aku rindu,
kadang-kala juga dengan kelakuan aku sendiri.

aku tak pernah faham dengan manusia.
selalu pura-pura gembira,
kononnya tabah macam the hulk,
tapi dalam hati merana bagai nak gila.
pendam sampai makan diri.
kenapa ya?
yang gembira pula pura-pura sedih.
padahal dalam hati gelak ketawa bagai dunia ini dia yang punya.

kenapa?
kalau hati derita, kenapa perlu tunjuk gembira?
yang hati gembira pula, kenapa perlu tunjuk derita?
pelik kan?

tapi ini lah realiti.
bagaikan sesuatu lakonan yang kita sering tonton di kaca tv, di panggung wayang.
bagaikan sebuah cerita,
sebuah drama menarik.
kerana realiti ini penuh dengan lakonan.